Assalamualaikum.
Berterima kasih pada Allah kerana diberikan kesempatan dan kelapangan masa untuk aku melempiaskan minat aku terhadap penulisan melalui laman ini. Sebelum ini 2 cerpen telah selamat dipublish, keinginan untuk menulis itu makin hari makin melonjak. Maka lahirlah idea untuk karya My Love, Cik Doktor.
Di sini, aku ingin kongsikan serba sedikit tentang watak utama yang akan menghiasi novel sulungku ini. Harapan aku, moga penulisan aku ini mampu diterima dan diminati. Jika ada yang tidak berkenan atau kurang selesa, bolehlah tujukan sebarang kritikan membina supaya aku dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri. Sesungguhnya saya budak baru belajar.
Terima kasih. ^^
Akmal Faiz, 25 tahun, graduan dalam bidang Architechture.
Pulang saja ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya, dia bekerja di resort keluarganya. Bukan sebagai seorang arkitek, tapi sebagai seorang tukang kebun yang berusia lewat 40-an. Semuanya gara-gara ingin menjalankan projek suprise iaitu melamar kekasihnya, seorang model cantik, Lisa Iwani. Berjayakah Akmal Faiz melaksanakan projek suprisenya itu?
Perkenalannya dengan Aisya Farhana, doktor yang bekerja di resort tersebut membuka satu dimensi baru dalam kehidupannya. Hatinya sering tertanya, siapakah gadis itu? Apakah hati Akmal Faiz akan berubah? Atau sememangnya hati dia tak pernah langsung berubah?
Aisya Farhana, 28 tahun, bekerja sebagai doktor di sebuah resort yang terkemuka di selatan tanah air.
Janjinya pada arwah kakaknya membuatkan dia bekerja di resort tersebut. Dalam tak sedar, dia telah menghadirkan rasa cinta dalam diri bekas abang iparnya, Arif Firdaus. Mungkinkah kerana rasa simpati dan kasihan pada anak buahnya yang tidak beribu, hati Aisya Farhana akan menerima Arif Firdaus? Sedangkan dalam hatinya, seperti ada rasa sesuatu yang pelik tapi indah saat pertama kali dia bertemu pakcik tukang kebun yang poyo itu.
Tanpa Aisya Farhana tahu, pakcik tukang kebun itu adalah Akmal Faiz, adik kepada Arif Firdaus. Antara dua jejaka, milik siapakah hati Aisya Farhana?
Arif Firdaus, 33 tahun, pengarah resort milik keluarganya.
Arif Firdaus adalah abang sebapa tapi berlainan ibu kepada Akmal Faiz. Namun itu tidak pernah menjejaskan kasih sayang untuk adiknya itu. Setelah kematian isterinya 2 tahun selepas perkahwinan mereka kerana melahirkan anak, hidup Arif Firdaus berubah sama sekali.
Kehadiran Aisya Farhana yang bekerja di resortnya membuatkan ingatannya pada isteri tercinta hidup kembali. Sudah jatuh cintakah dia buat kesekian kalinya? Arif Firdaus terus menerus menepis rasa. Apakah akan terjadi bila dia tahu Akmal Faiz juga ada rasa untuk Aisya Farhana? Tiba-tiba Aisya Farhana yang menjadi tunang olok-oloknya mahu dilamar dan dijadikan isteri. Apakah Arif Firdaus mahu berjuang berhabisan untuk mendapatkan Aisya Farhana?
Lisa Iwani, 24 tahun, model terkenal.
Namanya secantik wajahnya tapi sayangnya perangainya terlalu mengada-ngada dan hatinya terlalu banyak rasa hasad dengki. Lisa Iwani merupakan dua pupu kepada Aisya Farhana. Apakah perasaannya bila dia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan cinta kekasihnya sendiri? Lisa Iwani mampu berbuat apa saja asalkan Akmal Faiz menjadi miliknya.
Aisya Farhana perlu dibuang dari hidup Akmal Faiz. Lisa Iwani bertekad dalam hati.
* * * * *
Serba sedikit pengenalan untuk watak-watak yang akan hadir dalam novel My Love, Cik Doktor ini. Harapnya aku terus berusaha dan beristiqamah untuk menyiapkan karya ini. 2 bab sudah pun selesai. InsyaALLAH selesai saja beberapa bab lagi, aku akan publishkan di sini. Doakan ya.
Assalamualaikum.
:)
0 comments:
Post a Comment